Wednesday, January 15, 2014

My First Cerpen










Ku Terima Jua
oleh : Nur Amirah

Cuti semester selama 2 bulan setengah hampir tamat. Arghhh malas nya aku nak kemas barang-barang. Hmmm kan best kalau ada orang gaji, boleh  suruh dia kemas. Sudah-sudah la berangan Zara oiii. Baik kau kemas baju cepat sebelum Mama kau membebel. Dalam dok sIbuk mengemas hp Zara berbunyi.
“Kringg” “Kringg”
“eeee ! mana hp aku nie..tu la letak merata lagi kan dah jenuh nak mencari dalam timbunan baju nie.” Ha ! jumpa pun hp kesayangan aku nie
“Hello Dila, kau bila  bertolak balik kolej erk ? Terus ku tanya Dila
“Hoii ! !  Zara kau nie tak reti bagi salam dulu ka ! main  sembur ja” Marah Dila pada ku
“Heheheh..relax la Dila aku excited kot nak balik jumpa kau. Maklumla kita kan dah lama tak jumpa” Aku pun terus berbual dengan Dila. Maklum la dah lama tak berbual.
“Ok la Dila aku ada keje nak buat nie..nanti kita jumpa ok..bye Dila muah” Sesudah aku mematikan telefon aku kembali menyambung mengemas barang supaya esok tak kelam kabut.

Seminggu kemudian
Penatnya dengan assignment bertimbun dengan kerja luar yang tak settle lagi. Bilakah aku dapat tido dengan tenang ha ? . Hmm nak berjaya kena la berusaha bak kata pepatah work hard and complain less…tapi aku nie mcm banyak complain ja. Untung Dila masih menjadi roomate aku tak de la aku keseorangan bila kena berjaga sampai pagi.
“Mana Dila nie tadi ajak lunch  sekali nie ? geram pulak aku dengan Dila. Sementara menunggu Dila baik aku order makan dulu..dah la tadi kelam kabut pegi class lupa bawa air mineral.
“Sorry la Zara aku lambat sikit..tadi jumpa lecturer jap..kau bukan tak tahu lecturer aku tu macam mana” Dengan keadaan termegah-megah Dila bagitau aku.
“Tak pe Dila aku paham…eh kau dah makan ke Dila ? Nie aku dah order kan nasi ayam untuk kau..aku tahu kau suka nasi ayam kan..
‘Thanks Zara…nia buat aku sayang kau..”ucap Dila pada ku
Akhirnya bergema la ketawa mereka berdua. Namun tidak jauh dari tempat mereka makan..ada seseorang sedang memerhati tinggah laku  mereka. Dila yang menyedari tingkah laku mereka diperhatikan mula berasa tidak selesa. Zara mula perasaan perubahan pada diri Dila
“Dila kau kenapa ? ada masalah ka..aku tengok lain macam je kau nie ? tanya ku pada Dila
“Zara kau nampak tak da seorang Mamat tu dok usha kau dari tadi..bila aku pandang dia pandang tempat lain” aku pun pusing la kebelakang untuk melihat siapa Mamat yang disebut-sebut oleh Dila. Aku kenal Mamat tu. Nama dia Irfan…eh eh aku tau nama dia pun sebab ari tu aku terdengar ada orang panggil dia.
“Eh Dila kau dah abis makan kan..jom la kita balik sebab aku ada keja lagi nak buat” Dalam keadaan kelam kabut aku menyuruh Dila mengemas. Aku tau Dila mesti rasa hairan kenapa aku kelam kabut sangat.

********************************************************************************
Masuk ini dah sebulan Irfan asyik menganggu aku. Aku tak sampai hati nak cerita pada Dila. Lagipun Dila tengah sIbuk dengan midterm exam berbanding aku yang tak de langsung mid-term exam. Aku tau setiap hari Irfan mengupah orang untuk memerhati pergerakkan aku. Aku sendiri pun tak tahu mengapa Irfan mengekori aku. Eh aku ada wat salah ke ? rasa-rasanya tak kot…
Petang itu aku berjalan pulang sendiri ke kolej…maklumla petang2 macam nie susah nak dapat kan bas. Ketika aku sedang berjalan..tiba-tiba ada sebuah kereta mewah behenti depan aku. Siapa pulak yang naik kereta mewah nie..hishh takut pulak aku…dah la aku jalan sorang-sorang nie..kang kalau dia apa-apakan aku macam mana..dah la sunyi kat sini. Aku pun memandanglah siapa gerangan yang menaiki kereta mewah itu. Hampir saja laptop aku jatuh gara-gara terkejut melihat Mamat yang selalu mengekori aku menegur aku
“Hai sayang” Sapa Irfan dengan mesra sekali
“Kau siapa dan apa kau nak dari aku ? dan kenapa kau selalu mengekori aku ? Dengan keadaan marah aku melontar apa yang terbuku di hati aku
“Actually aku Irfan Dato’ Zakaria dan aku bukan student kat kolej tapi aku adalah anak pemilik kolej nie. Untuk pengetahuan kau…kau memang ada buat salah dengan aku. Kau nak tau apa salah kau ? kau telah curi hatiku dan itu la kesalahan kau”
“Ha ! kau memang dah gila Irfan ! !” Aku segera meninggalkan tempat tu dan berlari pulang ke kolej
Walapun bunyi yang agak samar-samar aku dengar setiap kata yang keluar dari mulut Irfan
“KAU MILIK AKU ZARA ! DAN KAU JANGAN PERNAH CUBA UNTUK LARI DARI AKU !! INGAT ITU ZARA”
Sejak dari itu hari-hari Irfan asyik mengantar bunga dan setiap kali itulah bunga-bunga tersebut di derma ke tong sampah. Bukan aku tak sudi menerima tapi aku tidak mempunyai perasaan cinta terhadap Irfan walaupun sedikit. Segala tentang Irfan pun aku tak mau ambik walaupun kadang-kadang Dila selalu bercerita pada ku

*******************************************************************************
Di rumah Dato’ Zakaria
Irfan  turun bersarapan bersama keluarganya. Maklumla dia kan anak tunggal. Seperti biasa Datin Faridah menyediakan sarapan pagi untuk keluarganya. Walaupun  mempunyai oraang gaji namun Datin Faridah gemar menyediakan sarapan mahunpun makan malam mereka.
“Irfan..kenape Papa tengok  kamu selalu di kolej ? Bukan urusan pentadbiran  kolej Papa sudah serahkan kepada Kamal ?
Aduh apa aku nak jawab nie…macam mana Papa boleh tau yang aku selalu ke kolej. Nie mesti Kamal yang bagitau Papa...apa aku nak kelentong Papa nie…arghhhhhh lebih baik aku berterus terang saja daripada aku berbohong. Mana tau mungkin Papa dan Mama boleh tolong aku dapatkan Zara untuk aku.
“Irfan..sebenarnya mencari seseorang yang Irfan sayang” Akhirnya Irfan meluahkan juga perasaannya pada papa dan mama nya
“Ha ? Siapa Irfan…Bagitau mama. Nanti mama tolong pinangkan dia untuk Irfan. Mama tak kisah siapapun dia janji dia boleh membahagia kan Irfan. Itu dah cukup membuat  mama bahagia sayang” Ucap Datin Faridah
“Tapi mama, Zara tak cintakan Irfan malah dia bencikan Irfan”
Datin Faridah berasa hairan dengan apa yang dikatakan oleh Irfan. Mana mungkin ada orang menolak anak yang lengkap dengan segala-galanya. Mungkin ada sebab mengapa Zara menolak anaknya.
“Irfan ada buat sesuatu ke sampai Zara bencikan Irfan ? Kalau tak kenapa Zara bencikan Irfan ” Aju Datin Faridah kepada Irfan

********************************************************************************
Kelas tutorial akaun tamat. Dalam kesibukan Zara mengemas barang-barang Zafril datang menegur Zara. Zafril merupakan  kawan baik Zara di kolej selain Dila. Dalam diam juga Zafril menyimpan perasaan terhadap Zara.
‘“Hai Zara” tegur Zafril
“Eh Zafril…tak balik lagi”
“Belum Zara..jom pegi minum nak ?”
“For sure Zafril..lagipun Zara memang tengah dahaga nie…maklumla dok class yang beraircond nie”
Ketika Zafril dan Zara berjalan menuju ke Café Permai..ada seseorang sedang memerhati pergerakkan mereka. Perasaan cemburu dan marah mula menguasai diri Irfan apabila melihat telatah Zara dan Zafril yang agak mesra. Memang nak kena Zara nie. Dengan aku tak de pulak nak mesra macam tu..dengan orang lain bukan mai lagi. Jaga kau Zara !
“Terima kasih la Zafril sebab belanja Zara minum tadi” Ucap Zara ketika mereka dalam perjalanan pulang ke asrama masing-masing. Untung asrama Zafril tidak jauh dari asrama Zara.
“Sama-sama Zara..ala belanja  minun je..small matter”
“Ok la Zafril, Zara dah sampai asrama nie dan terima kasih la teman Zara balik…jumpa lagi”
Zafril lalu bergerak menuju ke asrama lelaki yang terletak tidak jauh dari situ. Hati nya sungguh berbunga sekali apabila dapat berdua dengan Zara. Zafril yakin Zara juga mempunyai perasaan yang sama seperti dia.
“Ha Zara baru balik..amboi kau Dating sampai lupa jalan pulang erk ?” Belum sempat Zara merebahkan badannya atas katil dia sudah diterjah oleh Dila.
“Eh eh kau nie Dila..bila masa aku pegi Dating ha ? Aku baru abis class lepas tu Zafril ajak minum.. tu yang lambat sikit..pe la kau nie Dila”
Baru Zara hendak merehat telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Sapa pulak yang mesej aku nie..hishhh aku nak berehat sekejap pun tak senang. Zara berasa hairan siapa yang hantar mesej padanya sedangkan nombor telefon itu tidak pernah wujud dalam senarai list telefonnya.
014 34XXXXX : jumpa aku kat tasik sekarang ! Aku bagi kau 10 minit untuk turun..Kalau kau tak datang nyawa kawan baik kau si Zafril  akan hilang”
Aku pun segera mencapai tudung. Dila yang sedang mengemas rak buku terkejut melihat Zara yang kelam kabut bersiap. Tadi bukan Zara cakap nak tido sekejap…nie bersiap bagai nak jumpa siapa pulak?
“Eh Zara kau nak pegi mana nie” Tanya Dila pada ku
“Dila aku nak keluar jap jumpa mamat gila 2..kau jangan la risau ok”
Dengan keadaan termegah-megah Zara sampai tasik. Matanya melilau mencari orang yang menghantar mesej padanya. Namun satu pun ia tidak jumpa. Lalu Zara mengeluarkan hp nya untuk menghubungi orang tersebut. Ternyata usaha nya berjaya apabila pemanggil tersebut mengangkat telefon
“Hei ! kau kat mana ha ? Aku dah sampai tasik !” Dengan perasaan marah Zara mengeluarkan kata-katanya
“Saya dekat belakang awak je sayang”
 Tanpa mebuang masa, Zara menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang berani mengugutnya. Alangkah terkejutnya Zara..lelaki itu Irfan. Sudah lama lelaki tersebut tidak menganggu hidup dan sekarang muncul kembali dengan mengugutnya. Apa sebenarnya mahu lelaki itu dari nya.
“KAU !! Apa yang kau nak sebenarnya ha ? Sembur Zara
“Aku cuma mau kau Zara..berkahwin la dengan aku” Pujuk Irfan
“Aku kahwin dengan kau Irfan ! memang tak la  ! ! kau  memang gila !” Marah Zara
“Ya memang aku gila tapi aku gilakan kau Zara..berkahwin la dengan aku, aku mampu bahagiakan kau dan tunaikan semua permintaan kau” Pujuk Irfan lagi. Irfan benar-benar berharap Zara akan menerimanya namun tidak sebaliknya.
“Sudah la Irfan !!! Aku tetap dengan keputusan aku, behenti ganggu hidup aku dan aku tak perlu kan harta kau untuk buat aku rasa bahagia”
“Ingat Zara !! Aku akan  buat kau untuk terima aku dan satu lagi kalau kau nak Zafril kawan kau itu selamat jauhkan diri kau dari dia ! Ini AMARAN Zara !!!” jerit Irfan dengan perasaan marah Irfan berlalu pergi meninggalkan Zara.
********************************************************************************
Di rumah keluarga Zara
Ketika Ibu bapa Zara sedang berehat di ruang tamu,mereka terdengar ada orang memberi salam. Lantas Puan Zuraida bangun untuk melihat siapa yang memberi salam. Dia amat terkejut melihat sebuah kereta mewah berhenti di hadapan rumahnya. Lalu dia memanggil suaminya Encik Amin untuk melihat kot-kot kawan suaminya.
“Assalamualaikum” Orang tua Irfan memberi salam setelah melihat pintu rumah terbuka namun hanya ditutupi dengan grill sahaja.
“Walaikumsalam..ye Puan cari siapa ?” ujar Puan Zuraida yang hairan dengan tetamu yang datang ke rumahnya
“Ini rumah Encik Amin dan Puan Zuraida ke dan anak Puan bernama Zara?”
“Ye nie rumah saya, dan Zara anak saya..kenape Puan?” Lantas Puan zuraida mengajak tetamunya masuk ke rumah
Datin Faridah mula bercerita tujuan kedatanganya ke rumah Zara. Sebenarnya saya ingin meminang anak Puan untuk anak lelaki kami. Adam namanya. Kami tahu mungkin ini terlalu terburu-buru. Puan Zuraida agak terkejut mendengar lamaran Datin Faridah. Sebelum ini anaknya, Zara tidak pernah bercerita mana-mana lelaki yang di bercinta dan kenapa hari ada orang datang melamar anaknya.
 “Abang..apa pendapat abang tentang lamaran keluarga Datin tadi” Tanya Puan Zuraida sewaktu mereka tengah berehat dia anjung rumah.
“Abang tak kisah siapa pun menantu kita..yang penting dia mampu menjaga Zara dengan baik..tapi awak yakin ke yang Zara akan menerima lamaran itu nanti. Saya takut Zara menolak nanti. Awak bukan tak kenal anak kita tu.”
“Insyallah abang..saya akan cuba pujuk Zara. Lagipun Zara akan tak pernah membantah kata dengan saya. Saya yakin abang bakal menantu kita dapat menjaga Zara dengan baik”

Cuti Pertengahan Semester
“Apa Ibu ! Ibu terima lamaran mereka ? kenape Ibu tak tanya Zara dulu ?” marah Zara pada Ibunya yang suka-suka menerima lamaran keluarga Datin Faridah.
“Zara, Ibu yakin dia mampu menjaga Zara dengan baik..lagipun Ib tengok  mereka dari keluarga yang baik-baik” Puan Zuraida  juga menyakinkan  Zara
“Tapi Ibu, Zara kan masih belajar..nanti susah la hidup Zara kalau dah kahwin”
“Zara…keluarga mereka tak kisah semua itu…lagipun mereka berkenan sangat dengan Zara..tak kan Zara nak hampakan hati mereka. Ibu yakin Adam mampu bahagiakan Zara”
“Baiklah Ibu, kalau itu mampu membahagiakan hati Ibu Zara setuju. Kebahagiaan Ibu dan ayah amat penting bagi Zara”
“Terima kasih Zara kerana tidak menghampakan Ibu dan Ayah,  Zara tak nak jumpa Adam dulu ke..majlis pertunangan minggu depan ”
“Tak pa Ibu, Zara yakin dengan pilihan Ibu”
Zara cuba belajar menerima Adam sebagai tunang nya walaupun dia langsung tidak mengenali siapa Adam sebenarnya. Zara yakin pilihan Ibunya terbaik untuk nya. Mana mungkin Ibu mahu memilih calon suami untuk anak nya yang bukan-bukan. Majlis pertunangan Zara dengan Adam berjalan dengan lancar sekali walaupun dalam keadaan sederhana. Zara kelihatan cantik dengan baju berwarna Peach. Terserlah keayuan di wajahnya. Selepas majlis sarung cincin, Zara bergambar dengan ahli keluarga Datin Faridah.

**************************************************************************
Lima bulan  kemudian
“aku terima nikahnya Nurul Zahirah binti Mohd Amin dengan mas kahwinnya sebanyak RM 1000 ringgit tunai dan seutas rantai” dengan sekali lafaz aku telah menjadi milik Adam yang sememang aku aku tidak  langsung mengenalinya.
Tiba saat Adam ingin menyarungkan cincin.. Zara amat terkejut melihat suami nya yang bernama Adam. Mana mungkin dia ! Bukankah dia Irfan. Lelaki yang sering menganggu aku di kolej. Patut la selepas aku berjumpa nya di tasik hari itu dia sudah tidak mengganggu aku rupa-rupanya dia sudah merancang sesuatu untuk mengikat aku !
“Apa semua nie ! Siapa awak sebenarnya ? Apa yang nak dari saya !” Marah Zara apabila melihat Adam masuk ke dalam bilik mereka.
“Baiklah Zara aku akan berterus terang pada kau siapa aku sebenarnya...aku Adam Irfan. Lelaki yang amat mencintai kau walaupun aku tahu kau amat benci  kehadiran aku dalam hidup kau.”
Zara terkedu apabila mendengar setiap kata yang keluar dari mulut Adam. Mungkin dia jodoh aku yang telah di hantar oleh Allah swt untuk aku. Sekeras mana pun aku menafikan dia tetap menjadi suami aku. Mungkin dia jodoh ku yang sudah tertulis di Loh Mahfuz.
“Zara, saya tahu awak pasti terkejut dengan apa yang berlaku…tetapi percaya la sejak pertama kali melihat awak jantung saya bergetar dengan kencang. Sejak dari itu la saya yakin awak lah yang saya cari.” Luah Adam sambil memandang ku
“Adam..andai awak jodoh saya..saya redha. Berilah saya masa untuk mengenali awak lebih dalam.”
“Terima Kasih Zara kerana mempercayai saya..saya berjanji akan menjaga awak selagi hayat di kandung badan”
Selepas dua minggu majlis perkahwinan Adam dan Zara, mereka kembali melakukan rutin harian. Zara yang sibuk dengan final exam manakala Adam sibuk mengurus syarikat milik ayahnya. Hubungan Zara dan Adam semakin hari semakin baik. Zara  tinggal di rumah keluarga Adam. Sejak berkahwin Zara tidak lagi tinggal di asrama.
“Adam, kamu tak nak bawa Zara pergi honeymoon ke..mama tengok asyik sibuk dengan kerja je” tegur Datin Faridah sewaktu mereka sekeluarga sedang bersarapan
“Mama..Adam bukan tak nak bawa Zara pergi bercuti. Lagipun Adam sibuk sikit. Nanti Adam free Adam bawa Zara pergi bercuti” balas Adam
“Eh..mama, Zara tak kisah punAbang Adam tak bawa pergi bercuti. Lagipun Zara dan Adam memang sibuk sikit. Betul kan abang.” Ujarku sambil memandang Adam
Ketika Zara sedang melipat baju Adam masuk ke bilik. Zara memandang sekilas sebelum meyambung melipat baju. Saat dia ingin bangun dari katil, Adam datang lalu menarik tangannya duduk semula di atas katil. Zara terkejut dengan tindakan suaminya lalu menejeling suaminya.
“Zara, Abang minta maaf sebab tak bawa Zara pergi honeymoon seperti yang mama minta tu.”
“Abang..Zara tak kisah pun. Lagipun abang kan sibuk. Zara paham. Zara tak kisah semua itu, yang penting abang selalu ada disisi Zara. Itupun dah buat Zara rasa bahagia. I  love you because I know you're always there,  there to listen when I need you, there when I feel alone.” Luah Zara apabila melihat suaminya kelihatan serba salah sejak isu honeymoon di bangkitkan oleh ibu mertuanya.
“Terima kasih Zara sebab paham Abang..Abang janji bila semua kerja dah settle..kita pergi bercuti. Zara pilih la mana tempat yang Zara nak pergi.”
Setelah tamat belajar di peringkat Ijazah hospitality, Zara nekad tidak mahu kembali menyambung pelajarannya. Dia mahu menjadi suri rumah sepenuh masa sambil mengurus café milik keluarga mertuanya. Itu pun Adam yang menyuruhnya kerana bimbang Zara bosan bersendirian di rumah.

*************************************************************************
Setahun kemudian Zara disahkan hamil 2 bulan. Berita kehamilan Zara membuatkan seluruh ahli keluarganya gembira. Maklum la mereka bakal menyambut cucu sulung. Adam juga telah mengurangkan  kerja nya supaya dia dapat memberi sepenuh perhatian kepada Zara. Zara juga tidak dibenarkan tinggal di rumah mereka malah mereka tinggal di rumah Datin Faridah         .
“Sayang menung apa tu?” tegur Adam melihat isterinya termenung jauh
“Tak ada pape la Abang, sayang cuma teringat kisah kita dulu sewajtu sayang benci sangat dekat abang. Betulkan apa orang cakap kalau kita benci orang itu sangat-sangat..lama-lama perasan benci tu akan bertukar rasa sayang yang sangat mendalam. Terima kasih Abang sebab sentiasa buat Zara rasa bahagia dan di lindungi apabila bersama Abang.” Ucapku sambil memegang tangan Adam
“Zara…Abang yang sepatutnya berterima kasih dekat Zara sanggup terima abang dan beri abaang peluang untuk mencintai Zara seadanya. Dan yang paling penting, Abang gembira sangat bila tahu Zara pregnant anak Abang. Terima kasih sayang sebab sudi mengandung zuriat abang.” Balas Adam sambil memeluk ku.

**TAMAT**

Terima kasih kerana sudi membaca :) Don't forget to drop your comment ok :)

Wednesday, January 8, 2014

Memories in 2013

ASSALAMUALAIKUM 

Tahun 2013 sudah melabuh tirai…muncul sudah 2014~~~banyak kenangan manis masam pahit masin dalam hidup aku… Mari kita menerjah kembali kenangan pada 2013 J


Sejak masuk Ko-K Rela....hubungan aku dengan bestfriend aku semakin rapat dan setiap aktiviti kami lakukan bersama....even kami berkawan dalam satu kumpulan yang ramai...ehhhh....7 orang ja termasuk la aku..hahahha….first time juga kami hangout bersama-sama dengan ahli group RELA J diorang memang sproting abis la……asyik gelak n bergosip ja….

                                  memories in 21 ~ 5 ~ 2013






Sejak aku bergelar mahasiswa UUM nie aku just rapat dengan syida mina shima seha ayu lin. Dengan diorang la aku asyik lepak and bergosipp..heheheheh…diorang nie ibarat kakak aku la coz selalu bagi nasihat…susah senang pun dengan diorang…aku rasa bersyukur sangat bila berjumpa dengan diorang even kami kawan baru setahun…hope friendship kita akan kekal hingga akhir hayat…AMIN

                                                memories SUKUUM 2013








ok....next this two guys is my friends not my BOYFRIEND ok ! kalau nak tahu sape diorang korang cari la kat facebook sendiri la erk...aku start kenal diorang nie masa  sem 1 time class marketing...fisrt kenal dengan memang agak JANGGAL sikit..maklumla aku kan baru first time masuk class 2….but tapi lama-lama diorang nie GILA-GILA juga…ok la…aku x nak la cite panjang pasal diorang…kalau nak tahu sape…korang cari kat facebook aku…hhehehehehe..






Kawan;anugerah tuhan. Bukan mcm rambutan. Kau petik dan makan. Kwn ni mcm charger henpon atau power bank, Saling bersama. Macam nyawa